Friday, April 23, 2010

Orang Asli lebih terbela jika Pakatan memerintah
Hashim Abdullah

TEMERLOH, 19 April: Kehidupan masyarakat Orang Asli di negara ini akan lebih baik dan terbela jika Pakatan Rakyat (PR) diberikan peluang untuk memerintah, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Pahang, N Balasubramaniam.

Bercakap pada program lawatan ke perkampungan Orang Asli Kampung Paya Badak, dekat sini, semalam,

Balasubramaniam berkata demikian bagi mengingatkan masyarakat Orang Asli supaya tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah dan fitnah Umno / BN yang selama ini sentiasa berusaha memburuk-burukkan PAS dan PR.



Pada majlis tersebut, Balasubramaniam menerima borang permohonan salah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Paya Badak, Sidek a/l Wahab. (Gambar)

Harakahdaily difahamkan seramai 30 lagi borang keahlian akan diserahkan dalam masa terdekat.

Dulu kami dari kaum India pun takut nak dekatkan diri dengan PAS. Mereka (pemimpin Umno) kata kalau dekatkan diri dengan PAS nanti orang PAS paksa kita peluk Islam. Ini tidak benar sama sekali. Sekarang kami dah tahu itu semua itu tak benar, kami sokong PAS kerana pemimpin PAS baik, mereka boleh tolong semua orang.


“Masyarakat Orang Asli pun begitu, dah ramai yang cerdik pandai, di luar sana dah ramai yang sokong PAS, kita jangan takut,” katanya.


Menurutnya, rakyat yang berada di bawah pemerintahan PR telah menikmati suasana kehidupan yang lebih baik kerana dasar pemerintahan yang adil kepada semua kaum.


“Kita tengok sekarang rakyat yang berada dalam kerajaan PR dapat hidup selesa dan lebih baik kerana dasar pemerintahan yang adil kepada semua kaum. Saya harap masyarakat Orang Asli berani berubah,” katanya.

No comments:

Post a Comment